OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN S.426 KTN PEJABAT TANAH DAERAH KULAI
Pada 2 – 4 Mac 2021 , Pejabat Tanah Daerah Kulai telah mengadakan satu operasi penguatkuasaan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara bertempat di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Sedenak , Plaza Tol Senai dan Plaza Tol Skudai.Operasi Bersepadu ini diadakan dengan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai Bahagian Trafik , Jabatan Pengangkutan Jalanraya Cawangan Air Bemban Kulai dan Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Tanah & Galian Johor. Seramai hampir 50 orang anggota yang bertugas selama tiga hari operasi bersepadu ini dijalankan.Sebanyak dua kertas siasatan dibawah kesalahan Seksyen 426 KTN telah dibuka kerana pengusaha gagal mematuhi syarat pengalihan bahan batuan. Pelbagai kesalahan lain juga direkodkan mengikut syarat agensi penguatkuasaan yang terlibat.