• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧

3 Mac 2024 (Ahad), Batu Pahat – Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor bersama delegasi PTG Johor telah mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah Batu Pahat.

Ketibaan Pengarah telah disambut oleh Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Batu Pahat dan Encik Sharifulizan bin Sharifuddin, Pentadbir Tanah Batu Pahat serta seluruh warga kerja Pejabat Tanah Batu Pahat.

Beliau telah meluangkan masa bertemu dengan warga kerja Pejabat Tanah Batu Pahat sebelum diberikan taklimat ringkas mengenai pentadbiran tanah Batu Pahat dan seterusnya dibawa melawat Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit yang terletak kira-kira 36km daripada pusat pentadbiran daerah Batu Pahat.

Di dalam ucapannya, beliau telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pejabat Tanah Batu Pahat kerana telah menjadi antara penyumbang hasil tertinggi Pentadbiran Tanah Johor pada tahun 2023.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pegawai-pegawai di daerah agar meningkatkan pemantauan terhadap anggota di bawah seliaan bagi mengoptimumkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Pada akhir ucapannya, beliau amat berharap agar hubungan muhibbah antara Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor di Pentadbiran Tanah Johor akan dapat diperkukuhkan melalui lawatan seumpama ini.

Ubah bahasa »