𝗧𝗥𝗔𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗔𝗖𝗔𝗨 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗘𝗥𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗧𝗨𝗥𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗧𝗚 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
4 April 2024 (Khamis), Kota Iskandar – Seramai 80 orang pegawai dan anggota Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor berganding bahu menyediakan bubur lambuk sempena Program Yok Kacau Bubur 2024 Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) PTG Johor dan PUSPANITA PTG Johor.
Tradisi menyediakan bubur lambuk ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja PTG Johor di samping berkongsi rezeki dengan penduduk setempat sempena bulan yang mulia ini. Sebanyak 1000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada penjawat awam dan orang awam yang berurusan di sekitar Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang.
Gimik perasmian mengacau bubur lambuk telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor dan Puan Hajah Suriya binti Md Saad, Pengerusi PUSPANITA PTG Johor disaksikan oleh Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Encik Abdul Azim bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) merangkap Pengerusi KKR PTG Johor.