Piagam Pelanggan (Pelupusan)
-
PERMOHONAN TANAH KERAJAAN
Oleh individu dan Syarikat yang kurang daripada 20 permohonan.
- Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan.
Berkelompok dan Umum yang lebih daripada 20 permohonan.
- Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 18 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan.
24 -
PERMOHONAN MEMBAHARUI & MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH
Daripada Pemilik Berdaftar Individu (Pertanian & Kediaman)
- Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah & Galian Johor dalam tempoh 3 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
Daripada Pemilik Berdaftar Syarikat (Semua Kategori Termasuk Individu Bagi Kategori Industri)
- Perakuan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
15 -
PERMOHONAN HAKMILIK RUMAH MURAH / KEDAI MURAH KERAJAAN
Daripada Pemohon Asal
- Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah & Galian Johor dalam tempoh 3 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
Daripada Pemohon Selain Daripada Pemohon Asal
- Perakuan akan dimajukan kepada Y.A.B Menteri Besar Johor dalam tempoh 3 minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
3 -
PERMOHONAN LEBIHAN KELUASAN SELEPAS DIUKUR HALUS
Lebih 3 ekar dan tidak melebihi sepuluh (10) ekar tetapi kurang daripada 10% keluasan asal.
- Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor dalam tempoh 3 minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
Lebih sepuluh (10) ekar tetapi kurang daripada 10% keluasan asal.
- Perakuan akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
7 -
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
- Permohonan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
10 -
PERMOHONAN RAYUAN
- Perakuan semula bagi kes-kes rayuan permohonan tanah Kerajaan atau kurang premium akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
4 -
PENYAMPAIAN KEPUTUSAN KERAJAAN
- Semua keputusan Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Y.A.B Menteri Besar Johor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan akan disampaikan kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 3 Minggu dari tarikh keputusan diterima.
1


