𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke majlis iftar dan solat Maghrib berjemaah bersama para penduduk setempat di Masjid Kampung Tenglu Laut, Mersing.
Keberangkatan DYAM Tunku Mahkota telah disambut oleh Pegawai Daerah Mersing, YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali.Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, Tuan Haji Jamaludin Bin Haji A.Hamid Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Mersing.
Ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam usaha menjayakan majlis ini.
𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔
𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍