• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Tanah Daerah Mersing Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor

01 Jun 2023 | Khamis

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Tanah Daerah Mersing Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor Bagi Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Mersing pada 01 Jun, 2023(Khamis) jam 9.00 pagi.

Majlis dimulai dengan Taklimat Anti Rasuah yang telah disampaikan oleh Penceramah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Mohd Hassan bin Sulaimi (Penolong Penguasa). Majlis dihadiri oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor Tuan Sheikh Hamadi bin Haji Sheikh Abdul Hamid dan Pegawai Pengiring dari SPRM Negeri Johor.

Semua pegawai & kakitangan Pejabat Tanah Mersing yang hadir telah melafazkan ‘Ikrar Bebas Rasuah’ yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd. Manap, Pentadbir Tanah Daerah Mersing dan seterusnya menandatangani borang IBR tersebut sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor.

#ikrarbebasrasuahptdmg

#sprmjohor

#pejabattanahmersing

#JOMBAYARCUKAI

Ubah bahasa »