PEJABAT TANAH KOTA TINGGI MERIAHKAN HARI KEBANGSAAN KE 68
KOTA TINGGI, 31 Ogos – Pejabat Tanah Kota Tinggi telah turut serta dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kota Tinggi yang berlangsung dengan penuh meriah.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga kerja dalam menyemarakkan kecintaan kepada negara.
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah tahun ini menyaksikan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian serta pertubuhan bukan kerajaan dengan perarakan yang berwarna-warni dan penuh semangat.
#HariKebangsaan #KotaTinggi #PejabatTanahKotaTinggi #MalaysiaPrihatin #Merdeka2025 #kamianakmalaysia