KAUNTER LUAR CUKAI TANAH DI FELDA SIMPANG WAHA TERIMA SAMBUTAN HANGAT!
KAUNTER LUAR CUKAI TANAH DI FELDA SIMPANG WAHA TERIMA SAMBUTAN HANGAT!
SIMPANG WAHA, 27 dan 28 September (Sabtu dan Ahad) – Penduduk sekitar FELDA Simpang Waha tidak melepaskan peluang apabila Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi membuka Kaunter Luar Cukai Tanah di Koperasi FELDA Simpang Waha pada 27 dan 28 September 2025.
Kaunter yang beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu memudahkan pemilik tanah membuat bayaran cukai serta mendapatkan khidmat nasihat tanpa perlu hadir ke pejabat tanah daerah.
Inisiatif ini diadakan bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat luar bandar, di samping memberi kemudahan kepada penduduk untuk menyelesaikan urusan mereka dengan lebih cepat dan mudah. Ramai penduduk memuji langkah ini yang dianggap sangat membantu menjimatkan masa, tenaga, dan memudahkan urusan harian mereka.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini!
#CukaiTanah #PTDKT #FELDASimpangWaha #KaunterLuar #ServisDekatDihati #UrusanTanahDipermudah