• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt Sesi Townhall Pejabat Tanah dan Galian Johor

SESI TOWNHALL PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR BERSAMA PENYERAH URUSAN TAHUN 2026 (SIRI III)

📅 23 April 2026 (Khamis)

📍 Cafe PTG, Pejabat Tanah dan Galian Johor

Sesi Townhall Pejabat Tanah dan Galian Johor bersama para penyerah urusan (Runner) telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor bersama pegawai-pegawai PTG Johor.

Sesi ini merupakan inisiatif PTG Johor menyantuni penyerah urusan dengan platform komunikasi dua hala yang berkesan dalam memperkukuh hubungan strategik kedua pihak yang terlibat secara langsung dalam urusan harian di kaunter.

Keseluruhannya, penyerah urusan menyatakan kepuasan terhadap transformasi yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi PTG. Segala isu dan cadangan yang dikemukakan telah diberi perhatian sewajarnya serta diambil tindakan penyelesaian secara berkesan.

Dalam masa yang sama, wakil penyerah urusan turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang PTG, khususnya kejayaan mencatat kutipan hasil tertinggi dalam sejarah pentadbiran tanah negeri.

Kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti kepada semua pelanggan di Pentadbiran Tanah Johor.

Ubah bahasa »