• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt Pemerkasaan Kualiti Perkhidmatan Melalui Latihan ISO

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐎

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor terus komited dalam memperkukuh tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan melalui penganjuran Kursus Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015.

Tarikh : 23 & 24 April 2026 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 pagi sehingga 5.30pm

Tempat : Dewan Seminar, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor melibatkan 25 orang peserta.

Kursus ini memberi pendedahan komprehensif kepada pegawai berkaitan kaedah pengauditan dalaman, pengurusan risiko serta kepentingan pembuktian pengauditan dalam memastikan pematuhan kepada standard MS ISO 9001:2015.

Penekanan turut diberikan kepada pendekatan praktikal dalam mengenal pasti risiko dan peluang (risk & opportunity) serta pelaksanaan audit yang lebih sistematik, efektif dan berimpak tinggi kepada organisasi.

Program ini menjadi platform penting dalam membina kompetensi dalaman serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan berkualiti.

PTG Johor komited memperkasa sistem penyampaian demi kepentingan rakyat dan negeri.

Ubah bahasa »