Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
Ts. PUAN RAJA EMY ARFAH BINTI RAJA ABD RAHMAN
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KANAN)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)
- Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pentadbiran Tanah Johor.
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT Pentadbiran Tanah Johor.
- Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT Pentadbiran Tanah Johor.
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT Pentadbiran Tanah Johor kepada semua pengguna.
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT Pentadbiran Tanah Johor.
- Menjalankan pengurusan risiko.
- Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan Pentadbiran Tanah Johor berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya.
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian.
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT) dan ICTSO memaklumkannya kepada CDO.
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera.
- Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.
- Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.



