• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt-jpeg-johorpay_new-1

Cukai Tanah (JohorPay)

Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan satu platform baharu Pembayaran Cukai Tanah secara atas talian iaitu JohorPay menggantikan Portal Johor Online Payment.

Tanggungjawab Pemilik

Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 – Setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah.

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 – Cukai Tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut.

Denda Lewat – Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat 20% akan dikira atas cukai tanah yang tertunggak dengan kadar minima RM10.00. Cukai Tanah hanya perlu dibayar SATU(1) KALI SETIAP TAHUN.

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 – Jika tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) akan dikeluarkan dengan dikenakan bayaran RM20.00 setiap notis. Sekiranya tidak juga dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tarikh penyampaian notis 6A, tindakan MERAMPAS TANAH akan diambil. Penalti maksima 6 kali ganda nilai cukai tanah tertunggak boleh dikenakan untuk menebus kembali tanah itu.

Tatacara Asas

Semakan hakmilik boleh dibuat melalui:

  • No Kad Pengenalan / No Syarikat
  • No Daftar Lot
  • No Daftar Hak Milik

Contoh No Hakmilik: 010204XX00007777

  • Kod Daerah: 02
  • Kod Mukim: 04
  • Jenis Hakmilik: XX
  • No Hakmilik: 00007777

Jika anda menghadapi masalah mencetak resit cukai tanah, sila ke kaunter Unit Hasil Pejabat Tanah Daerah berdekatan selepas 2 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kali cetakan.

Sila jelaskan cukai sebelum atau pada 31 Mei setiap tahun. Denda lewat akan dikenakan mulai 1 Jun.

Cara Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui:

  • Dalam Talian: johorpay.johor.gov.my
  • Tunai
  • Kad kredit / debit tempatan
  • Bank deraf
  • Kiriman wang / wang pos atas nama PENTADBIR TANAH (mengikut daerah)

 

Kaedah pembayaran ini boleh dicapai melalui talian https://johorpay.johor.gov.my/ mulai 21 Oktober 2021 jam 9.00 pagi.

Portal JohorPay
Masuk
Manual Pengguna (Bahasa)
Lihat
Manual Pengguna (English)
Lihat
 
Ubah bahasa »