• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Lawatan Prestasi Pejabat Tanah dan Galian Johor Ke Pejabat Tanah Daerah Kluang

Selasa / 17 Mei 2022 / 16 Syawal 1443H

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan telah mengetuai delegasi lawatan prestasi ke Pejabat Tanah Daerah Kluang. YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan telah diiringi oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Masni Bin Wakiman, Timbalan Pengarah Pendaftaran, Puan Hajah Zihan Binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Hanif Bin Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Pelupusan, Kuatkuasa dan Teknikal En Mohd Izzul Helmi Bin Ahmad.

Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Encik Mohd Hisam Bin Said telah memberikan taklimat berkaitan isu – isu tanah seperti permohonan tanah, pembangunan tanah dan laporan prestasi bahagian pendaftaran serta prestasi kutipan cukai tanah bagi Pentadbiran Tanah Kluang. Lawatan Prestasi ini rentetan daripada Sesi Taklimat Pengarah Tanah dan Galian Johor Kepada YAB Menteri Besar Johor bagi menyelesaikan isu-isu di pentadbiran tanah terutamanya isu tunggakan fail permohonan tanah pada 10 Mei 2022 .

YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan juga mengambil peluang untuk bertemu dengan Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin Bin Haji Hamid bagi beramah mesra dan berkongsi pendapat dan idea.

Ubah bahasa »
Pentadbiran Tanah Johor