OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU DI BAWAH KESALAHAN SEKSYEN 425, KANUN TANAH NEGARA (AKTA828), PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN (RIZAB JALAN) ATAS KAWASAN MEMASUKI LOT 14233 MUKIM TANGKAK, TAPAK RIZAB JALAN.
12 DISEMBER 2023 | SELASA.
Operasi penguatkuasaan bersepadu telah dilaksanakan pada 12 Disember 2023 ke atas pencerobohan Tanah Kerajaan (Rizab Jalan)secara tidak sah atas tanah berkenaan.
Operasi ini diketuai oleh Pejabat Tanah Daerah Tangkak dengan kerjasama pihak, Polis Diraja Malaysia
Operasi ini diadakan bagi memusnahkan tanaman-tanaman seperti pokok durian, pokok getah dan tanaman kontan.
Adalah menjadi satu kesalahan mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah menduduki atau menanam tanaman di atas tanah kerajaan, tanah rizab dan apabila disabitkan, boleh dikenakan suatu denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
#komitedmenjunjungakauntabiliti
#syukurseronoksungguhsungguh
#PTDTawesome
#JomBayarCukaiTanah