BENGKEL TRANSFORMASI 4P (PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN, PETEMPATAN DAN PENGUATKUASAAN) PEJABAT TANAH DAERAH TANGKAK
Tarikh : 13 Disember 2023 (Rabu)
Masa : 8:00 pagi sehingga 5:00 petang
Tempat: Dewan Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang (Lagenda)
Telah diadakan Bengkel Transformasi 4p (Pembangunan Dan Pelupusan, Petempatan Dan Penguatkuasaan)Pejabat Tanah Daerah Tangkak. Bengkel bertujuan untuk memberikan pemahaman dan pemantapan dalam bidang tugas harian serta menambah ilmu dan pengetahuan berkaitan prosedur kerja di kalangan kakitangan khususnya di bahagian Pembangunan Dan Pelupusan, Petempatan Dan Penguatkuasaan di Pejabat Tanah Daerah Tangkak agar mematuhi standard piawaian yang ditetapkan.
Tahniah dan syabas atas penglibatan kakitangan yang telah berjaya melaksanakan Bengkel Transformasi 4P . Jutaan terima kasih juga diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan yang terlibat sepanjang bengkel dijalankan.
#komitedmenjunjungakauntabiliti
#syukurseronoksungguhsungguh
#PTDTawesome
#JomBayarCukaiTanah