• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU DI BAWAH KESALAHAN SEKSYEN 426, KANUN TANAH NEGARA (AKTA828), DI KAWASAN STRATEGIK DI DALAM KAWASAN DAERAH TANGKAK BERSAMA PTG JOHOR DAN PDRM TANGKAK.

Operasi Bersepadu ini telah dilaksanakan pada 20 Disember 2023 ke atas mana-mana kenderaan  yang melakukan pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tidak sah.

Operasi ini diketuai oleh Pejabat Tanah Daerah Tangkak dengan kerjasama pihak, Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG) dan Polis Diraja Malaysia  (PDRM).

Adalah menjadi satu kesalahan mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah mencabut, memindah atau mengangkut atau membenarkan pencabutan, pemindahan atau pengangkutan bahan batuan dari mana-mana tanah yang sah dan apabila disabitkan, boleh dikenakan suatu denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

#komitedmenjunjungakauntabiliti
#syukurseronoksungguhsungguh
#PTDTawesome
#JomBayarCukaiTanah

Ubah bahasa »