• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

MAJLIS PENGIKTIRAFAN DAN APRESIASI MERAIKAN KEJAYAAN PEGAWAI PENTADBIRAN TANAH JOHOR MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN LEPASAN DIPLOMA PROFESIONAL PASCA SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DAN MAJLIS PENUTUP TEMASYA PTG JOHOR STAY-FIT 2023

KOTA ISKANDAR, 16 Disember 2023 – Majlis Pengiktirafan dan Apresiasi Meraikan Kejayaan Penerima APC Tahun 2021 & 2022 (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dan Majlis Penutup Temasya PTG Johor Stay-Fit 2023 telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bertempat di Stadium Educity, Iskandar Puteri.

5 acara sukan utama iaitu acara balapan, tarik tali, bola sepak, bola tampar dan bola jaring telah dipertandingkan di Stadium Educity, Iskandar Puteri sebelum Temasya PTG Johor Stay-Fit 2023 melabuhkan tirai secara rasminya pada 16 Disember 2023 yang lalu.
Kesemua peserta yang bertanding dalam temasya sukan kali ini telah mempamerkan semangat kesukanan dan semangat berpasukan yang tinggi. Pasukan Merah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Temasya PTG Johor Stay-Fit 2023. Tahniah dan syabas diucapkan buat seluruh warga PTG Johor!
Selain daripada Majlis Penutup Temasya PTG Johor Stay-Fit, majlis turut meraikan 5 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 & 2022 (Pegawai Pengurusan & Profesional) PTG Johor serta 13 orang Pegawai Tadbir Negeri Johor yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Profesional Pasca Siswazah daripada Universiti Teknologi Malaysia.
Semoga pengiktirafan dan penghargaan ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada para penerima untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan seterusnya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga PTG Johor yang lain.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif, Pengerusi PUSPANITA Cawangaan Negeri Johor, Yang berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor merangkap Penaung Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor, Yang Dihormati Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi PUSPANITA PTG Johor serta para pegawai PTG Johor.

Ubah bahasa »
Skip to content