• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

PROGRAM RIADAH EKSPLORASI ALAM

Khamis | 14 Disember 2023 – Seramai 154 orang warga kerja PTG Johor telah menjayakan Program Riadah Eksplorasi Alam yang bertempat di Edible Park, Iskandar Puteri pada pagi ini.

Program usaha sama antara PTG Johor, PUSPANITA Cawangan PTG Johor dan Iskandar Investment Berhad ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok serta menyokong komitmen untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh instruktor senamrobik daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor dan diikuti dengan taklimat ringkas berkenaan Penanaman Pokok yang disampaikan oleh Encik Haji Yazid Hasbullah, Naib President Perbandaran dan Pengurusan, Iskandar Investment Berhad.
Kemuncak program adalah aktiviti penanaman 50 jenis anak pokok nadir dan 40 jenis benih sayur di sekitar kawasan Edible Park, Iskandar Puteri.
Program telah diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi PUSPANITA Cawangan PTG Johor, Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Encik Haris Hardi, Chief Investment Officer, Encik Mohd Azarull Ahadi Abdullah, Executive Vice President, Mr. Michael Fu Yueh Yee, Development Director serta para pegawai PTG Johor.

Ubah bahasa »