• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Profil Daerah Kota Tinggi

Info Daerah

Daerah Kota Tinggi terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan daerah yang terbesar di negeri Johor dengan keluasan 3488.7 kilometer persegi. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah ini memiliki 7 buah mukim serta menempatkan lebih 200,000 penduduk yang menetap di 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan penempatan baru KEJORA. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka), Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Makam Tauhid di Kampung Makam serta Makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Info Jabatan

Pejabat Tanah Kota Tinggi terletak di Aras bawah dan 1, Bangunan Sultan Iskandar. Jabatan ini ditadbir oleh seorang Pentadbir Tanah dan dibantu oleh 3 orang Penolong Pentadbir Tanah yang ditempatkan di 3 bahagian utama. Peranan utama jabatan ini ialah menguruskan segala urusan berkaitan tanah bagi kawasan daerah Kota Tinggi. Di samping itu, segala urusan pendaftaran tanah bagi daerah kecil Pengerang diuruskan oleh jabatan ini kerana di Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang tiada bahagian Pendaftaran. Jabatan ini dipacu oleh beberapa unit / bahagian iaitu:

–       Unit  Pentadbiran / Kewangan,

–       Unit Pembangunan dan Pelupusan.

–       Unit Pendaftaran.

–       Unit Hasil dan Kuatkuasa.

–       Unit Teknologi Maklumat.

–       Unit Perundangan.

Kebanyakan urusan utama di Pejabat Tanah Kota Tinggi dikendalikan menggunakan sistem maklumat berkomputer dan secara atas talian. Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan E-Consent digunakan di bahagian Pendaftaran. Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ) digunakan  di bahagian Hasil manakala Sistem E-RMKJ digunakan di bahagian pelupusan dan pembangunan.

Mukim-mukim dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Kota tinggi ialah:

–       Mukim Ulu Sungai johor.

–       Mukim Ulu Sungai Sedili Besar.

–       Mukim Johor Lama.

–       Mukim Kambau.

–       Mukim Kota Tinggi.

–       Mukim Sedili Besar.

 –       Mukim Sedili Kecil.

 Rajah: Peta Mukim Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kecil Pengerang

Bil.Nama MukimKeluasan (Hektar)
1Ulu Sungai Johor91,427
2Ulu Sungai Sedili Besar50,505
3Johor Lama20,720
4Kambau19,684
5Kota Tinggi38,591
6Sedili Besar20,720
7Sedili Kecil32,116

Jadual: Keluasan Mukim-Mukim Daerah Kota Tinggi

Ubah bahasa »
Skip to content