Taskforce Bersepadu Penandaan Kawasan Terjejas dan Cadangan Tapak Gantian Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Kg Dalam, Parit Sulong, Batu Pahat.
Tarikh : 18 November 2025
Taskforce Bersepadu Penandaan Kawasan Terjejas dan Cadangan Tapak Gantian Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Kg Dalam, Parit Sulong, Batu Pahat.
Setelah meredah hujan dan badai semalam di Kg Parit Raja Ahmad, Parit Sulong, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat menyambung tugas dan peranannya di Kg Dalam, Parit Sulong hari ini.
Beberapa Rumah yang dibina atas tanah rezab JPS akan dialihkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membangun Rancangan Tebatan Banjir yang dijangka akan menyelesaikan segala masalah banjir di Batu Pahat.



