MAJLIS SERAH TUGAS PENTADBIR TANAH KOTA TINGGI BERLANGSUNG LANCAR
MAJLIS SERAH TUGAS PENTADBIR TANAH KOTA TINGGI BERLANGSUNG LANCAR
KOTA TINGGI, 21 November 2025 – Majlis Serah Tugas Pentadbir Tanah Kota Tinggi telah berlangsung dengan lancar pada Jumaat, menandakan peralihan kepimpinan pentadbiran tanah daerah ini.
Majlis tersebut menyaksikan Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Pentadbir Tanah Kota Tinggi yang baharu. Pelantikan beliau diharap dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan serta memperkukuhkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pada masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Maju Jaya dirakamkan kepada Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar atas segala sumbangan, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pentadbir Tanah Kota Tinggi.
Majlis ini mencerminkan kesinambungan kepimpinan serta komitmen berterusan Pejabat Tanah Kota Tinggi dalam memastikan tadbir urus tanah dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan berkesan demi kepentingan masyarakat setempat.
#PejabatTanahKotaTinggi
#PejabatTanahKecilPengerang
#MajlisSerahTugasPTD
#PentadbiranTanah
#KotaTinggi



