ππππππ ππ πππ ππππ πππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππ ππππππ πππππππ
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke majlis iftar dan solat Maghrib berjemaah bersama para penduduk setempat di Masjid Kampung Tenglu Laut, Mersing.
Keberangkatan DYAM Tunku Mahkota telah disambut oleh Pegawai Daerah Mersing, YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali.Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Datoβ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, Tuan Haji Jamaludin Bin Haji A.Hamid Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Mersing.
Ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam usaha menjayakan majlis ini.
ππππππππππ πππππ πππππ
πππππ πππππππππππ ππππππ



