𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐍𝐅𝐂𝐂) 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐓𝐚𝐤 𝐀𝐥𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor telah menerima kunjungan daripada pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). Turut hadir bersama di pihak NFCC adalah Yang Berusaha Tuan Syahrizal Syah Bin Zakaria, Penasihat Undang-Undang NFCC serta pegawai-pegawai lain. PTG Johor juga turut berbesar hati dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam sesi perkongsian ilmu ini.
Penganjuran sesi perkongsian ilmu ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, bertukar-tukar pendapat,serta meningkatkan tahap kefahaman bersama berhubung pelaksanaan perletakhakan harta tak alih bagi kesalahan di bawah undang-undang jenayah persekutuan, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi berkaitan,khususnya dalam aspek tadbir urus tanah di Negeri Johor.
PTG Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada NFCC serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini dan diharap kerjasama baik antara pihak NFCC dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor terus erat terjalin di masa hadapan.



