𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 “𝐁𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐑𝐀𝐂𝐓𝐈𝐂𝐄” 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
PTG Johor dijemput bagi menyampaikan perkongsian tentang amalan terbaik dan strategi peningkatan kutipan hasil tanah negeri dalam wacana tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) iaitu ‘Land and Survey Summit Tahun 2026.
Program tersebut melibatkan penyertaan pegawai-pegawai kanan di bawah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan telah disempurnakan perasmian oleh YAB Premier Sarawak.
Sesi Perkongsian Strategi Peningkatan Hasil Tanah di Negeri Johor telah disampaikan oleh Puan Hajah Nurul Naqiah binti Fadzil, Timbalan Pengarah Pendaftaran PTG Johor dan Mohamad Fahmi bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Pendaftaran PTG Johor.



