• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt Majlis Seiring Doa, SeErat Ukhuwah - Puspanita PTG

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐨𝐚, 𝐒𝐞𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 – 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐚𝐛𝐫𝐮𝐫, 𝐃𝐢𝐩𝐚𝐲𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐥𝐥𝐚𝐡𝐢

Majlis Seiring Doa, Seerat Ukhuwah – Menuju Haji Mabrur, Dipayungi Rahmat Illahi anjuran PUSPANITA PTG Johor dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Rekreasi PTG Johor telah diadakan dengan penuh tertib dalam suasana yang harmoni pada 30 April 2026 bertempat di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan ضُيُوفُ الرَّحْمَٰن daripada PUSPANITA PTG Johor iaitu Puan Norliana binti Ab Rahim dan Puan Zuraidah binti Muhamad Yusup sebagai tanda kasih sayang serta iringan doa agar segala urusan mereka dipermudahkan. Selain itu, program ini turut menjadi medium memberi sokongan moral, pengisian rohani serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Puan Hajah Suriya binti Haji Md Saad, Pengerusi PUSPANITA PTG Johor, Yang Berusaha Puan Hajah Nurul Naqiah binti Haji Fadzil, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA PTG Johor, serta barisan Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PUSPANITA PTG Johor.

Antara pengisian utama program ialah sesi tazkirah bertajuk Kepentingan Menunaikan Ibadah Haji yang telah disampaikan oleh Yang Dihormati Ustazah Norliah binti Kasmuri. Penyampaian yang penuh hikmah dan menyentuh hati itu memberi peringatan tentang keistimewaan ibadah haji, pengorbanan yang dituntut serta peluang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Diharapkan program seperti ini terus menjadi jambatan kasih sayang, penyatuan hati dan pengukuhan ukhuwah sesama warga kerja.

𝐁𝐮𝐫𝐮𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧,
𝐇𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐩𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐣𝐚𝐭𝐢;
𝐃𝐨𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧,

𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐦𝐚𝐛𝐫𝐮𝐫 & 𝐦𝐚𝐪𝐛𝐮𝐥 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢.

Ubah bahasa »