• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

𝗣𝗧𝗚 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗭𝗞𝗜𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛

28 Mac 2024 (Khamis), Kota Iskandar – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor melalui Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) PTG Johor telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Ramadan bertempat di Dewan Serbaguna PTG Johor.

Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada Program Tadarus Al-Quran yang telah dilaksanakan di peringkat jabatan secara berperingkat dan disertai oleh 350 orang peserta terdiri daripada warga kerja PTG Johor.

Majlis dimulakan dengan sesi Tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Encik Hassan bin Abd Rashid diikuti dengan Tazkirah Ramadan bersempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Hafiz Bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Semoga program ini dapat meningkatkan rasa cinta terhadap Al-Quran, disamping menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian.

Ubah bahasa »
Skip to content