Bengkel Pengurusan Fail Dan Pelupusan Rekod Awam Tahun 2023
10 Mei 2023 | Rabu
Bengkel Pengurusan Fail Dan Pelupusan Rekod Awam Tahun 2023 telah diadakan pada jam 8.30 pg di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Mersing yang melibatkan seramai 45 orang termasuk pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Mersing. Ceramah bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Norzie binti Mohd Jani – Penolong Pengarah 1, Arkib Negara Malaysia Negeri Johor.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan fail dan pelupusan rekod awam kepada semua warga kerja Pejabat Tanah Mersing.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Norzie atas kesudian berkongsi ilmu dengan kami.