• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Booth Pentadbiran Tanah Johor (K09) Di Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia

Sekitar Hari Pertama (Khamis 3 Mac 2022) Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia..

Kemeriahan dapat dirasakan di Booth Pentadbiran Tanah Johor (K09) dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.Sepanjang hari pertama, antara aktiviti yang dijalankan adalah pembukaan kaunter kutipan cukai tanah, kaunter pendaftaran dan bayaran cukai tanah secara atas talian melalui portal https://johorpay.johor.gov.my/, pelbagai kuiz dan 2 cabutan bertuah yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Masni bin Wakiman, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pejabat Tanah Dan Galian Johor.

Selain itu pelbagai cenderahati yang menarik disediakan bagi mereka yang hadir berurusan di Booth Pentadbiran Tanah Johor.

Hari kedua Pentadbiran Tanah Johor di Booth K09 Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia.

Selain membuka kaunter cukai tanah dan kaunter bayaran cukai tanah secara atas talian melalui pautan https://johorpay.johor.gov.my/, perkhidmatan permohonan tukar alamat juga disediakan.

Tidak ketinggalan juga aktiviti-aktiviti yang menarik buat para pengunjung seperti Happy Hour Bayaran Cukai Tanah di mana pengunjung yang membayar cukai tanah semasa tempoh Happy Hour ini akan memperolehi cenderahati menarik daripada kami.

Selain itu tiga (3) cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Puan Hajah Zihan binti Ismail, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) juga diadakan. Semua pemenang akan dijemput untuk Majlis Penyampaian Hadiah pada hari Sabtu 5 Mac 2022 bertempat di Booth Pentadbiran Tanah Johor (K09) yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Ashari Bin Haji Kasnan, Pengarah Tanah Dan Galian Johor.

Masih terdapat satu (1) hari lagi untuk para pengunjung dijemput memeriahkan booth kami. Acara paling menarik pada hari terakhir adalah Acara Pecah Dan Menang. Pengunjung yang bertuah perlu memecahkan salah satu belon di dalam booth. Terdapat 10 belon bertuah menanti para pengunjung. Hadiah menarik menanti pemenang!!

Hari ketiga Pentadbiran Tanah Johor di Booth K09 Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia.

Pemenang Cabutan Bertuah Bagi Pembayar Cukai Tanah Atas Talian Bagi Tahun 2021 dan 2022

Acara Pecah dan Menang ????????????????????

Ubah bahasa »
Pentadbiran Tanah Johor