FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) & MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PERSEMPADANAN NEGERI JOHOR
Pada 15 hingga 17 April 2026, Pejabat Tanah dan Galian Johor telah menganjurkan siri perbincangan berkaitan persempadanan negeri yang melibatkan sempadan Johor–Pahang, Johor–Negeri Sembilan serta Johor–Melaka.
Program dimulakan dengan sesi Focus Group Discussion (FGD) pada 15 April 2026 yang memberi tumpuan kepada status terkini persempadanan Johor–Pahang dan Johor–Negeri Sembilan, termasuk tindakan pengukuran, pewartaan serta isu pemberimilikan tanah di kawasan sempadan yang masih belum diukur halus atau belum sempurna pewartaannya.
Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) pada 17 April 2026 telah membincangkan penyelesaian muktamad sempadan Johor–Melaka, merangkumi isu sempadan darat dan maritim serta hala tuju pemeteraian perjanjian antara kedua-dua negeri.
Program ini turut melibatkan kerjasama antara Pejabat Tanah dan Galian Johor dan Melaka, JUPEM Johor dan Melaka serta jabatan teknikal yang lain, dan telah diadakan di Desaru Coast Conference Centre. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pengurusan persempadanan negeri secara jelas, teratur dan berkesan demi kepentingan pentadbiran serta pembangunan wilayah.



