• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Godak-Godak Bubur Lambuk PTG Johor

16 Ramadan 1446H bersamaan 17 Mac 2025, Iskandar Puteri – Satu program Godak-Godak Bubur Lambuk PTG Johor telah berjaya diadakan di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor dengan kerjasama PUSPANITA PTG Johor.

Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti gotong-royong serta amalan bersedekah kepada masyarakat.

Persiapan bermula seawal 8.00 pagi, di mana para kakitangan berganding bahu dalam menyediakan bahan-bahan serta memasak 5 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong.

Setelah siap dimasak, bubur lambuk telah dibungkus dan diagihkan kepada penduduk setempat ,orang awam, jabatan berdekatan serta kakitangan PTG Johor.

Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor bersama isteri, Puan Hajah Suriya binti Haji Md Saad, Pengerusi PUSPANITA PTG Johor turut menyempurnakan aktiviti memasak bubur lambuk.

Turut memeriahkan majlis, YB Datuk Haji Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Puan Hajah Nurul Naqiah binti Haji Fadzil, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Pegawai- Pegawai serta kakitangan PTG Johor.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.

#PTGJohor
#AkarPenerajuPembangunan

Ubah bahasa »