Gotong Royong Bilik Penyimpanan Rekod
Tarikh: 15 Jun 2023
Tempat: Bilik Rekod , Pejabat Tanah Kluang
Alhamdulillah telah diadakan gotong royong Bilik Penyimpanan Rekod di bawah seliaan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan di bawah program Jawatankuasa Kecil Kebersihan.
Objektif utama ialah mengemaskini rekod rekod lama untuk tujuan pelupusan rekod mengikut piawaian arkib serta menjaga tempat simpanan rekod dari serangga perosak.
Terima kasih di atas kerjasama semua kakitangan yang terlibat.