• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

KARNIVAL TANAH DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2023 DAN PENYERAHAN HAKMILIK PARIT SIMIS DARAT, MUKIM SRI MEDAN

29 Januari 2023, Ahad – Karnival Tanah Daerah Batu Pahat Tahun 2023 dan Penyerahan Hakmilik Parit Simis Darat, Mukim Sri Medan telah diadakan di Dataran Kompleks Niaga Parit Raja, Batu Pahat. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan ‘Land Explorace Challenge’ dan Bicara Tanah (FB Live).
Majlis penyampaian bagi 21 hakmilik Parit Simis Darat, Mukim Sri Medan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat bersama-sama Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor dan Yang Berbahagia Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat.
Majlis penyampaian cabutan bertuah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Masni bin Wakiman, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Yang Berbahagia Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat. Antara hadiah cabutan bertuah adalah Dinar Emas, Samsung Tab A73, Oppo Reno 8, iPad dan hadiah utama berupa Motosikal Yamaha Y16ZR. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi acara Cabutan Bertuah Cukai Tanah Tahun 2023.
Majlis juga dikejutkan dengan persembahan lagu parodi Jom Bayar Cukai Tanah yang dipersembahkan oleh Penyanyi Parodi Terkenal, Azman Naim.
Video klip yang dihasilkan akan diviralkan di semua media sosial.
Akhir sekali, Program cabutan bertuah bagi Kempen Bayaran Cukai Tanah Johor akan diadakan lagi sebagai galakan untuk menjelaskan cukai tanah yang menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah. Sila bayar cukai sebelum 31 Mei setiap tahun bagi mengelakkan dendaan.

#JOMBAYARCUKAI
#TunaikanTanggungjawabAnda
#❤️PTGJOHOR

Ubah bahasa »
Skip to content