• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PERANGKAAN NEGERI JOHOR KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR

9 November 2023 (Khamis), Kota Iskandar – YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor menerima kunjungan hormat dari Jabatan Perangkaan Negeri Johor (DOSM) yang diketuai oleh Puan Mazreha Binti Ya’akub, Pengarah (DOSM) bersama-sama para pegawainya.
Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Pegawai Teknologi Maklumat PTG Johor.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan input dalam melaksanakan sesi Banci Pertanian 2024 yang dirancang akan dilaksanakan pada tahun hadapan berobjektif bagi menyediakan data tentang struktur dan penyelarasan statistik pertanian semasa.
Banci Pertanian 2024 ini juga di selaraskan dengan Pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu satu sistem yang menggabungkan lebih 200 pangkalan data untuk menyelaras pengumpulan maklumat negara secara berpusat dan bersepadu serta bermatlamat bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan juga mengimbangi keperluan rakyat.

Ubah bahasa »
Skip to content