KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (JOHOR) KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR
17 Oktober 2023 (Selasa), Kota Iskandar – Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, selaku wakil rasmi Pengarah Tanah Dan Galian Johor menerima sesi kunjungan hormat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Johor) yang diketuai oleh Puan Shazmin binti Shamsul Ariffin, Pengarah Operasi Negeri bersama-sama delegasi LHDNM.
Turut bersama Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian, Penolong-Penolong Pengarah serta Pegawai Undang-Undang, PTG Johor.
Sesi kunjungan ini adalah bertujuan membincangkan kerjasama strategik dan bertukar pandangan serta idea bagi meningkatkan hasil negeri.