Kunjungan Hormat Pengarah Tanah dan Galian Johor ke Fakulti Alam Bina Dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Pengarah Tanah dan Galian Johor, YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Sr. Dr. Kherun Nita Binti Ali. Perjumpaan yang julung kali diadakan ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, FABU, UTM pada 5 April 2022.
Kunjungan hormat ini adalah satu usaha untuk mengeratkan hubungan sedia ada ke arah hubungan strategik yang lebih erat di antara kedua-dua belah pihak. Pertemuan ini turut membincangkan mengenai Polisi Tanah Johor yang mana UTM merupakan rakan strategik dalam penyediaan polisi ini.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Mohd Masni bin Wakiman, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Puan Hajah Zihan Binti Ismail, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian Johor serta pensyarah-pensyarah kanan FABU, UTM.