Kursus Pengurusan Fail Rekod Keselamatan Kerajaan
Tarikh:22 Jun 2023
Tempat: Hotel Merdeka
Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan Kursus Pengurusan Fail Rekod dan Keselamatan Perlindungan Dokumen Rahsia Rasmi Kerajaan untuk kakitangan Pejabat Tanah Kluang. Kursus ini dikendalikan oleh YBrs. Kapt (B) Addy Husszairi Bin Husin.
Banyak ilmu baru yang ditimba sepanjang sesi perkongsian. Antaranya ialah tatacara sebenar mengendalikan dokumen rahsia kerajaan, cara merekod dan menyimpan rekod, tanggungjawab ketua jabatan dalam keselamatan perlindungan dokumen rasmi kerajaan dan sesi soal jawab berpandukan kes kes tertentu.
Semoga sesi pembelajaran ini memantapkan proses kerja kakitangan Pejabat Tanah Kluang dalam menguruskan dokumen penting Pentadbiran Tanah di Daerah Kluang.