Lawatan Kerja ke Pejabat Tanah Daerah Kulai
Telah diadakan Program Lawatan Kerja Pejabat Tanah Daerah Kluang ke Pejabat Tanah Daerah Kulai dengan penglibatan 35 orang kakitangan yang diketuai oleh Tuan Pentadbir Tanah Kluang iaitu En. Mohd Farid Bin Hassan.
Tujuan lawatan ini adalah perkongsian ilmu berkenaan Audit Hasil di Pejabat Tanah Daerah Kulai yang telah disampaikan oleh Tuan Pentadbir Tanah Daerah Kulai iaitu En Md Rozamusliadi Bin Hj Roslan serta Audit SSR oleh Pejabat Tanah Daerah Kluang serta beberapa lagi perkongsian maklumat kerja.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.