Lawatan Kerja Pengarah Ke Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis
Pada 29 Mei 2016, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Johor, Tuan Haji Azmi Bin Rohani beserta rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis.
Lawatan ini adalah satu inisiatif Pengarah untuk mendekati kakitangan daerah dan membincangkan isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pejabat tanah daerah amnya dan Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis khususnya. Terima kasih diucapkan di atas kesudian pengarah serta rombongan datang melawat ke Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis.