• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

LAWATAN KERJA PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR KE PEJABAT TANAH KLUANG

22 Februari 2024 (Khamis), Kluang – Pejabat Tanah Kluang menjadi daerah ketiga dilawati oleh Pengarah Tanah dan Galian Johor, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ketua-ketua Bahagian PTG Johor.

Beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Pentadbir Tanah Kluang, Encik Mustafa Kamal bin Abdullah mengenai isu-isu pentadbiran tanah di Daerah Kluang sebelum dibawa melawat sekitar bangunan Pejabat Tanah Kluang.

Di dalam sesi perjumpaan bersama pegawai dan anggota Pejabat Tanah Kluang, Pengarah mengingatkan warga kerja Pejabat Tanah Kluang agar menerapkan nilai-nilai integriti dalam urusan seharian dan berharap agar lawatan ini mampu mengeratkan lagi hubungan antara Keluarga Pentadbiran Tanah Johor.

Ubah bahasa »
Skip to content