• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

LAWATAN KERJA PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR KE PEJABAT TANAH KULAI

8 Februari 2024 (Khamis), Kulai – Delegasi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor memulakan rangka lawatan kerja ke seluruh Pentadbiran Tanah Johor dimulai dengan lawatan kerja ke Pejabat Tanah Kulai.

Ketibaan delegasi PTG Johor telah disambut mesra oleh Pentadbir Tanah Daerah Kulai, Puan Nurul Naqiah binti Fadzil serta seluruh warga Pejabat Tanah Kulai. Yang Berbahagia Tuan Pengarah Tanah dan Galian Johor telah dibawa melawat sekitar bangunan Pejabat Tanah Kulai sebelum mendengar taklimat ringkas daripada Pentadbir Tanah Kulai.

Agenda lawatan kerja ini antara lainnya adalah untuk mewujudkan satu hubungan yang erat dan padu antara warga Pentadbiran Tanah Johor disamping mengadakan perkongsian strategik bagi menentukan hala tuju Pentadbiran Tanah Johor pada tahun 2024.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah sempat meluangkan masa beramah mesra dan menyampaikan cenderahati kepada pembayar cukai yang bertuah. Untuk rekod, Pejabat Tanah Kulai merupakan antara daerah yang telah mencatatkan kutipan hasıl tertinggi pada tahun 2023.

Ubah bahasa »
Skip to content