• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Lawatan Kerja Rasmi Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Johor ke Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang

17 Oktober 2024 Pulau Pinang – Lawatan Kerja Rasmi Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Johor ke Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Abdul Azim bin Hj Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) , disambut baik oleh Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Dr. Faizal Bin Kamarudin serta Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Perancangan & Pembangunan) Tuan Mohd Farulizam Bin Che Meh dan warga kerja Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang.

Turut hadir bersama pada lawatan ini ialah Ketua Penolong Pengarah (Hasil & Teknologi Maklumat), Penolong-Penolong Pentadbir Tanah dari 10 daerah di Negeri Johor dan warga kerja unit hasil.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari cara-cara mempelbagai sumber hasil baharu bagi peningkatan hasil, kaedah mengurangkan tunggakan dan penggunaan sistem digital yang dibangunkan oleh PTG Pulau Pinang bagi penggunaan orang awam iaitu PgLand.

Delegasi juga berkesempatan melihat perkhidmatan kaunter dan penggunaan kiosk, termasuk serahan smartbox untuk memudahkan urusan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat khasnya dalam meluaskan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Terima Kasih PTG Pulau Pinang.

#PTGJohor
#AkarPenerajuPembangunan

Ubah bahasa »