LAWATAN PENTADBIR TANAH SEGAMAT KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
9 Januari 2024 | Selasa
Pentadbir Tanah Segamat, Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharudin telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memantau situasi semasa banjir di daerah Segamat. Sehingga jam 12.00 tengah hari, terdapat 4 buah PPS telah dibuka iaitu Balairaya Kg. Batu Badak, Dewan Komuniti Kg Tasek, Balairaya Kg. Jabi dan Sekolah Kebangsaan Mensudut Lama.
Terdapat 21 buah keluarga melibatkan seramai 75 orang penduduk terjejas akibat bencana banjir di daerah Segamat.
Turut hadir ialah Encik Mohd Amirul Ashraf Bin Mohd Esak, Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan dan Teknikal) selaku Pegawai Zon Mukim Gemereh dan Encik Nur Shah Afendi Bın Asmun, Penghulu Mukim Jabi.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika menghadapi bencana banjir.