• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

MAJLIS AMANAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR TAHUN 2024

20 Februari 2024 (Selasa), Kota Iskandar – Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor menyampaikan amanat kepada warga Pentadbiran Tanah Johor. Majlis telah dihadiri oleh para pegawai dan anggota PTG Johor serta Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah di Negeri Johor.

Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai semangat kerja berpasukan sebagai sebuah Keluarga Pentadbiran Tanah Johor bagi memastikan segala agenda tahun 2024 ini dapat dijayakan dengan sebaiknya. Beliau turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pentadbiran Tanah Johor di atas kejayaan mengutip hasil sebanyak RM1.3b bersamaan 115.20% melebihi sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun lalu iaitu RM1.15b.

Sebelum bermulanya Majlis Amanat tersebut, satu ceramah pengukuhan integriti bertajuk “Integriti Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor” telah disampaikan oleh PKPs Hassan bin Sulaimi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Negeri Johor.

Majlis diakhiri dengan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin dan disaksikan oleh PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Cawangan Negeri Johor.

Ikrar Bebas Rasuah ini dilaksanakan bersempena dengan pelantikan Pengarah Tanah dan Galian Johor yang baru bagi menunjukkan komitmen pihak Pengurusan PTG Johor untuk menjadikan PTG Johor sebuah organisasi yang telus yang mana ia akan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti dan perkhidmatan yang diberikan.

Ubah bahasa »