MAJLIS PELANCARAN KEMPEN JALUR GEMILANG DAN PELEPASAN KONVOI KEMBARA KELUARGA MALAYSIA 2022 PERINGKAT DAERAH TANGKAK
Tarikh : 22 Ogos 2022 (Isnin)
Tempat : Dataran Ledang, Tangkak
Majlis telah diadakan di Dataran Ledang, Tangkak pada Isnin, 22 Ogos 2022. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Khairin Nisa binti Ismail@Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Merangkap ADUN Serom. Antara aktiviti yang diadakan ialah penyerahan jalur gemilang kepada ketua-ketua jabatan dan pelepasan konvoi untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini.