Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Sistem Kultur Laut, Tahun 2023, Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi
20 FEBRUARI 2023 | ISNIN
Tuan Syed Norul Shahril Bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan LPS Sistem Kultur Laut bagi Tahun 2023 di Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Majlis penyerahan ini turut di sertai oleh wakil dari Majlis Perbandaran Pengerang, Pejabat Perikanan Daerah Johor Selatan dan Ketua Kampung Johor Lama.
Majlis penyerahan ini telah diadakan di atas tapak permohonan Sistem Kultur Laut tersebut. Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi mengambil inisiatif ini agar surat kelulusan dapat terus diserahkan kepada pemohon dan dapat mengelakkan daripada kegagalan penyampaian surat kelulusan.
Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan LPS Sistem Kultur Laut ini.