Majlis Perhimpunan Pagi Pejabat Tanah dan Galian Johor Siri 1 Tahun 2023
10 Ogos 2023 (Khamis), Iskandar Puteri – Seramai 170 orang warga Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor telah menghadiri Majlis Perhimpunan Pagi PTG Johor bersama Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah PTG Johor bertempat di Sireh Park, Iskandar Puteri pada pagi ini.
Turut hadir adalah Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) dan pegawai-pegawai PTG Johor.
Program dimulakan dengan aktiviti senaman pagi dan seterusnya diikuti dengan penerangan ringkas berkenaan Sireh Park oleh Encik Faisal bin Mohd Nor selaku Ketua Pengurusan Sireh Park.
Aktiviti diteruskan dengan penanaman pokok dan jungle trekking sejauh kira-kira 2 kilometer.
Diharapkan penganjuran program ini dapat membudayakan gaya hidup sihat dan seterusnya mewujudkan warga kerja yang cergas dan aktif dalam menjalankan tugas harian di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota kerja.