MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H / 2023M PTG JOHOR ANJURAN BERSAMA KELAB KEBAJIKAN REKREASI PTG JOHOR SERTA PUSPANITA CAW. PTG JOHOR
19 Oktober 2023 (Khamis), Iskandar Puteri – Pagi ini telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M PTG Johor yang dimulakan dengan perarakan sambil mengalunkan bacaan selawat dan diiringi kumpulan kompang bermula dari Dataran Mahkota menuju ke Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang, Iskandar Puteri.
Majlis diteruskan dengan bacaan berzanji dan berselawat oleh kumpulan berzanji dari PTG Johor dan kemuncaknya adalah ceramah yang disampaikan oleh Penceramah bebas Al-Fadil Ustaz Mohd Azamudin Bin Zainal, bertemakan Rasulullah Tauladan Sepanjang Zaman
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah PTG Johor merangkap Penasihat Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor dan PUSPANITA Cawangan PTG Johor, Yang Dihormati Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi PUSPANITA Cawangan PTG Johor, Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan) merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor, Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), pegawai-pegawai dan seluruh warga kerja PTG Johor.