Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Batu Pahat
28 September 2023 | Khamis
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Jamek Sultan Ismail.
“Perpaduan Teras Maju Johor” menjadi Motto majlis maulidur rasul kali ini.
Perarakan bermula dari hadapan Hotel Katerina menuju ke Masjid Jamek Sultan Ismail yang diiringi dengan selawat keatas Nabi SAW yang disertai hampir 62 kontigen.
Pejabat Tanah Batu Pahat tidak melepaskan peluang turut serta dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini dan kontinjen perarakan diketuai oleh En. Faiz Bin Mutalib serta 30 orang kakitangan lain.