MAJLIS SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN/PEMBANGUNAN) DAN TIMBALAN PENGARAH (PENDAFTARAN)
Pada 15 Februari 2023 (Rabu), Majlis Serah Terima Tugas pegawai di Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG Johor) telah berlangsung semalam di antara Encik Mohd Masni bin Wakiman dengan Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pengurusan/Pembangunan), dan di antara Puan Hajah Zihan binti Ismail dengan Encik Abdul Azim bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) Pejabat Tanah Dan Galian Johor.
Acara serah terima tugas yang diadakan di Pejabat Tanah dan Galian Johor telah disaksikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Johor iaitu YB Datoโ Haji Ashari bin Kasnan.
Seluruh warga Pentadbiran Tanah Johor amnya dan warga Pejabat Tanah dan Galian Johor khasnya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai di atas pelantikan ini.