• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

MALAM APRESIASI 2022 PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR

15 Mac 2023, Johor Bahru – Malam Apresiasi 2022 Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru malam kelmarin bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan bakti seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Galian Johor di sepanjang tahun 2022.

Seramai 27 warga PTG Johor telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dan diraikan dalam majlis tersebut kerana telah menunjukkan prestasi kerja yang luar biasa pada tahun 2022.

Berucap dalam majlis tersebut, Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor berharap agar pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam mewujudkan ekosistem pekerjaan yang positif dan cemerlang di PTG Johor.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyampaian Anugerah Khidmat Setia Tahun 2022 kepada 5 orang warga PTG Johor yang telah berkhidmat dan menabur bakti selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam.

Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah 5 orang pesara pada Tahun 2022 dan 2023 serta 2 orang Pegawai Tadbir Negeri Johor yang bertukar pada 15 Februari yang lalu iaitu Encik Mohd Masni bin Wakiman, mantan Timbalan Pengarah 1 (Pembangunan), PTG Johor yang kini menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Segamat dan Puan Hajah Zihan binti Ismail, mantan Timbalan Pengarah 2 (Pendaftaran), PTG Johor yang kini menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang dan seorang Pegawai Undang-Undang PTG Johor yang telah bertukar ke Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 20 Februari yang lalu.

Ubah bahasa »
Skip to content